Skip to main content

Dunia

6 mangsa dikhuatiri terperangkap susulan runtuhan jambatan Taiwan

Sebatang jambatan di sebuah pelabuhan dekat timur laut Taiwan runtuh hari ini (1 Okt), menimpa beberapa buah bot nelayan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Oct 2019 05:35PM Dikemas Kini : 01 Oct 2019 09:09PM

TAIPEI: Sebatang jambatan di sebuah pelabuhan dekat timur laut Taiwan runtuh hari ini (1 Okt), menimpa beberapa buah bot nelayan.

Sekurang-kurangnya 14 orang cedera termasuk enam warga Filipina dan tiga nelayan Indonesia.

10 dikejarkan ke hospital dengan enam daripadanya berada dalam keadaan serius.

Para penyelam kini mencari enam orang lain yang dipercayai masih terperangkap di dalam air.

Jambatan di bandar pelabuhan Su'ao tersebut runtuh sekitar jam 9.30 pagi Selasa (1 Okt) ketika sebuah lori tangki minyak sedang melaluinya, sekali gus menyebabkan kebakaran.

Punca nahas belum jelas tetapi taufan Mitag sekencang 162 kilometer sejam malam semalam membadai Taiwan dan menyebabkan 12 orang cedera.

Bekalan elektrik bagi lebih 66,000 rumah juga terputus ekoran

Sumber : Reuters/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita