Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 lelaki termasuk pemimpin bahagian politik ditahan main judi di M'sia

Polis menahan enam lelaki termasuk seorang pemimpin bahagian sebuah parti politik yang sedang leka bermain judi daun terup di sebuah rumah di Taman Tapah Indah dekat Tapah.

Anggaran Waktu Membaca:
6 lelaki termasuk pemimpin bahagian politik ditahan main judi di M'sia

Gambar hiasan: AFP

Diterbitkan : 27 Jun 2021 09:45PM Dikemas Kini : 27 Jun 2021 09:52PM

IPOH: Polis menahan enam lelaki termasuk seorang pemimpin bahagian sebuah parti politik yang sedang leka bermain judi daun terup di sebuah rumah di Taman Tapah Indah dekat Tapah.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt. Wan Azharuddin Wan Ismail berkata hasil maklumat orang awam, keenam-enam lelaki berusia 38 hingga 56 tahun ditahan dalam serbuan pada pukul 10.00 malam pada Sabtu (26 Jun).

"Turut dirampas dalam serbuan itu adalah daun terup dan wang tunai berjumlah RM 1,774, " katanya dalam satu kenyataan pada Ahad (27 Jun).

Encik Wan Azharuddin berkata kesemua mereka bagaimanapun dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)  2021.

"Pihak polis ingin menasihatkan kepada masyarakat agar sentiasa patuh kepada undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa. Tindakan yang tegas akan di ambil kepada mereka yang ingkar," katanya.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan