Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 lelaki ditahan, dadah bernilai RM1.4 juta dirampas

Polis menahan enam lelaki serta merampas dadah jenis syabu seberat 28.8 kilogram dianggarkan bernilai RM1.4 juta (S$0.27 juta) dalam tiga serbuan di kawasan sebuah rumah inap di Yan, Ahad lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
6 lelaki ditahan, dadah bernilai RM1.4 juta dirampas

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 17 Sep 2019 05:20PM Dikemas Kini : 17 Sep 2019 05:24PM

ALOR SETAR: Polis menahan enam lelaki serta merampas dadah jenis syabu seberat 28.8 kilogram dianggarkan bernilai RM1.4 juta (S$0.27 juta) dalam tiga serbuan di kawasan sebuah rumah inap di Yan, Ahad lalu.

Ketua Polis Kedah Encik Zainuddin Yaacob berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah sudah menahan sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki pada pukul 1.00 pagi di kawasan rumah tersebut.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu telah menjumpai dua beg merah yang berisi 28 bungkusan plastik minuman teh berwarna kuning yang diletakkan di tempat letak kaki penumpang bahagian belakang yang mana bungkusan itu berisi serbuk dan ketulan dipercayai dadah.

“Menyusuli pemberkasan dua lelaki itu, polis sudah menahan sebuah lagi kereta yang dinaiki dua lelaki lain pada pukul 2.15 pagi yang sedang memasuki kawasan rumah inap tersebut,” katanya pada sidang media hari ini.

Katanya, pada pukul 4.00 pagi pula, dua kereta lain yang dinaiki enam lelaki sudah memasuki kawasan tersebut dan polis berjaya menahan dua daripada mereka manakala empat yang lain berjaya melarikan diri dengan dua kenderaan terbabit.

Encik Zainuddin berkata siasatan awal mendapati suspek yang merupakan ahli kongsi gelap Geng 35 mendapat bekalan dadah dari negara jiran dan dipercayai untuk dipasarkan sekitar Yan, Sungai Petani, Kulim dan Alor Setar dan sekiranya terlepas ia mampu menampung kegunaan kira-kira 56,000 penagih.

“Kesemua suspek berusia antara 19 hingga 28 tahun didapati negatif dadah manakala tiga daripada mereka mempunyai rekod lampau. Kesemua ditahan reman selama seminggu sehingga 21 September ini dan kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan