6 kapal Greece sertai konvoi Global Sumud Flotilla bagi pecah sekatan Israel ke atas Gaza
Enam kapal dari Greece yang membawa puluhan aktivis memulakan pelayaran pada Jumaat (19 Sep) di Laut Aegean bagi menyertai Global Sumud Flotilla, sebuah inisiatif antarabangsa yang mencabar sekatan Israel ke atas Gaza.
Enam kapal dari Greece yang membawa puluhan aktivis memulakan pelayaran pada 19 September 2025 di Laut Aegean bagi menyertai Global Sumud Flotilla. (Gambar fail: AP)
- Enam kapal dari Greece yang membawa puluhan aktivis memulakan pelayaran pada Jumaat (19 Sep) di Laut Aegean bagi menyertai Global Sumud Flotilla, sebuah inisiatif antarabangsa yang mencabar sekatan Israel ke atas Gaza.
- Penjejak rasmi flotila itu menunjukkan lebih 40 kapal berada di selatan Sicily, sementara enam kapal dari Greece masih dalam perjalanan untuk menyertai mereka, menjadikan jumlah keseluruhan kapal yang menuju ke Gaza meningkat kepada 50 buah.
- Konvoi kali ini adalah yang terbesar seumpamanya, dengan misi mencabar sekatan Israel serta menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza yang kini berdepan kebuluran akibat penutupan menyeluruh oleh Israel selama berbulan-bulan.
- Tentera Israel membunuh lebih 65,100 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak Oktober 2023.
Demikian lapor Agensi Anadolu (AA).
Di dalam flotila itu terdapat 26 aktivis dari Greece dan 20 penyokong antarabangsa, yang sedang belayar untuk menyertai flotila lebih besar yang menuju ke Gaza, menurut Jawatankuasa Antarabangsa untuk Memecahkan Sekatan Israel ke atas Gaza dalam satu kenyataan di platform X.
Menurut jawatankuasa itu lagi, dua lagi kapal akan muncul tidak lama lagi dalam sistem penjejakan antarabangsa.
Pada Khamis (18 Sep), beberapa kapal dari Sepanyol, Tunisia dan Libya dilaporkan sampai ke perairan berhampiran selatan Sicily, dan bergabung dengan kapal-kapal Itali yang sedia menunggu, menurut kenyataan dari Global Sumud Flotilla.
Penjejak rasmi flotila itu menunjukkan lebih 40 kapal berada di selatan Sicily, sementara enam kapal dari Greece masih dalam perjalanan untuk menyertai mereka, menjadikan jumlah keseluruhan kapal yang menuju ke Gaza meningkat kepada 50 buah.
Pada Selasa, Jawatankuasa Antarabangsa untuk Memecahkan Sekatan Israel ke atas Gaza menyatakan kesemua kapal dalam konvoi itu akan berlayar bersama-sama menuju ke pesisir Gaza selepas berkumpul berhampiran Malta.
Konvoi kali ini adalah yang terbesar seumpamanya, dengan misi mencabar sekatan Israel serta menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza yang kini berdepan kebuluran akibat penutupan menyeluruh oleh Israel selama berbulan-bulan.
Tentera Israel membunuh lebih 65,100 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak Oktober 2023. Serangan tanpa henti itu menjadikan wilayah itu tidak lagi sesuai untuk didiami, di samping menyebabkan kebuluran dan penularan penyakit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.