6 juta kanak-kanak di Asia Tenggara terkesan Taufan Yagi: UNICEF
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Sai Aung MAIN / AFP
TAUNGOO: Taufan Yagi telah mengakibatkan banjir besar dan tanah runtuh di seluruh Asia Tenggara, menjejaskan hampir enam juta kanak-kanak dan memutuskan akses kepada sumber-sumber penting seperti air bersih, pendidikan, jagaan kesihatan, makanan, dan tempat perlindungan, menurut UNICEF pada Rabu (18 Sep).
Taufan paling kuat yang melanda Asia tahun ini, Taufan Yagi telah menjerumuskan masyarakat yang sudah terpinggir ke dalam krisis yang lebih dahsyat.
Dalam satu kenyataan pada Rabu (18 Sep), agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menyatakan, banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh Taufan Yagi telah memusnahkan Vietnam, Myanmar, Laos dan Thailand.
Pengarah Serantau UNICEF bagi Asia Timur dan Pasifik, June Kunugi berkata, kanak-kanak dan keluarga yang dalam keadaan paling rentan sedang menghadapi kesan yang paling dahsyat akibat kemusnahan yang disebabkan oleh Taufan Yagi.
"Keutamaan segera adalah untuk memulihkan perkhidmatan penting yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak dan keluarga, termasuk air bersih, pendidikan, dan jagaan kesihatan.
Peningkatan kejadian cuaca ekstrem di Asia Tenggara, yang diburukkan lagi oleh perubahan iklim, adalah peringatan menyedihkan bahawa apabila bencana melanda, kanak-kanak yang rentan sering menanggung padah yang paling besar," katanya dalam kenyataan itu.
Taufan Yagi membawa hujan lebat yang menambah curahan hujan musiman sedia ada, menyebabkan sungai melimpah dan mencetuskan tanah runtuh yang membawa maut.
Sementara itu, UNICEF menyatakan bahawa agensi itu bersama rakan-rakan bantuan kemanusiaan sedang menyalurkan bantuan kecemasan kepada kanak-kanak dan keluarga mereka di kawasan-kawasan yang terjejas banjir di seluruh Asia Tenggara.
Ini termasuk mengagihkan air yang selamat diminum, bahan kebersihan, tambahan pemakanan, dan kit perubatan, sambil menyediakan sokongan kesihatan mental serta bahan pembelajaran dan rekreasi bagi membantu kanak-kanak kembali kepada keadaan normal dan meneruskan pembelajaran serta bermain dalam persekitaran yang selamat.
"UNICEF juga komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi bagi memastikan usaha pemulihan tertumpu kepada kanak-kanak apabila banjir surut," menurut kenyataan itu.
UNICEF menambah, lebih 850 sekolah dan lebih 550 pusat kesihatan rosak, kebanyakannya di Vietnam, dengan penilaian masih dijalankan di wilayah-wilayah terjejas.
Di Vietnam, negara yang paling teruk terjejas akibat Taufan Yagi, kira-kira tiga juta penduduk termasuk ramai kanak-kanak tidak mempunyai akses kepada air minum yang selamat dan sanitasi, meningkatkan risiko penularan penyakit.
Kira-kira dua juta kanak-kanak juga tidak mempunyai akses kepada pendidikan, sokongan psikososial, dan program pemberian makanan di sekolah.
Di Myanmar, beban berganda konflik yang berterusan dan kesan dahsyat Taufan Yagi telah memburukkan lagi krisis bagi masyarakat yang sudah dipindahkan akibat konflik, sekali gus memburukkan lagi suasana yang sudah genting.
Lebih 170 kematian dan lebih 320,000 pemindahan telah dilaporkan, manakala rangkaian jalan raya, telekomunikasi, dan infrastruktur elektrik mengalami kerosakan teruk di seluruh bahagian tengah Myanmar.
Di utara Thailand, hujan lebat dan banjir telah menjejas hampir 64,000 kanak-kanak dengan beberapa sekolah dilaporkan musnah, dan para guru terpaksa menjalankan pembelajaran secara online dan menghantar bahan pembelajaran ke rumah pelajar.
Di Laos, banjir telah menjejas lapan wilayah melibatkan kira-kira 60,000 kanak-kanak, merosakkan infrastruktur penting, dan mengancam mata pencarian masyarakat yang bergelut dengan kesan negatif perubahan iklim.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.