6 jemaah umrah Indonesia maut dalam nahas bas menuju ke Makkah
Anggaran Waktu Membaca:
Tingkap hadapan berkecai sepenuhnya selepas berlakunya kemalangan. (Gambar hiasan: iStock)
- Enam jemaah umrah dari Indonesia maut, manakala 14 lagi cedera dalam kemalangan bas di laluan Madinah-Makkah.
- Pemandu bas terbabit yang merupakan warga Palestin, turut terkorban berikutan nahas itu.
- Kementerian Luar Indonesia menyatakan, berdasarkan laporan awal, bas itu terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah jip, sebelum terbalik lalu terbakar, sedang ia dalam perjalanan dari Madinah menuju ke Makkah.
- Kementerian itu turut menyampaikan takziah atas pemergian enam jemaah umrah terbabit sambil menyatakan bahawa pihaknya akan membantu menguruskan mangsa nahas tersebut.
JAKARTA: Enam jemaah umrah dari Indonesia maut, manakala 14 lagi cedera dalam kemalangan bas di laluan Madinah-Makkah.
Pemandu bas terbabit yang merupakan warga Palestin, turut terkorban berikutan nahas itu.
Kemalangan berlaku pada pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan pada Khamis (20 Mac) di Wadi Qudeid, kira-kira 150 kilometer dari Jeddah.
Kementerian Luar Indonesia menyatakan, berdasarkan laporan awal, bas itu terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah jip, sebelum terbalik lalu terbakar, sedang ia dalam perjalanan dari Madinah menuju ke Makkah.
Kementerian itu sudahpun berhubungan dengan Kementerian Agama dan Agensi Umrah yang bertanggungjawab menangani urusan umrah jemaah tersebut.
Mereka yang cedera, menerima rawatan di hospital.
Setakat ini, identiti jemaah yang cedera mahupun yang meninggal dunia masih belum didedahkan oleh pihak berkuasa. Namun, Kementerian Luar Indonesia sudahpun memaklumkan nahas tersebut kepada pihak keluarga mangsa.
Kementerian itu turut menyampaikan takziah atas pemergian enam jemaah umrah terbabit sambil menyatakan bahawa pihaknya akan membantu menguruskan mangsa nahas tersebut.

Sumber : AGENCIES/KH/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.