6 hilang selepas kapal pengangkut di Sulawesi terputus hubungan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: iStock
JAKARTA: Kapal pengangkut, Bora V yang membawa 10 anak kapal dan enam penumpang hilang di perairan Tagulandang, Sulawesi Utara, selepas terputus hubungan pada Ahad (21 Jan) ketika laut bergelora.
Pihak berkuasa termasuk agensi penyelamat Basarnas mempergiat usaha mencari dan menyelamat sejak Isnin, berikutan penemuan rakit dan jaket penyelamat, selain kerusi dipercayai milik Bora V yang hilang.
Ketua Manado Basarnas Monce Brury berkata kedua-dua kapal agensi itu dikerahkan ke lokasi kejadian, namun belum menemukan kapal atau mengesan mangsa yang terselamat.
"Bora V yang membawa enam unit lori dan penjana elektrik dalam perjalanan dari Bitung ke Tagulandang apabila disyaki tenggelam," katanya dalam satu kenyataan.
Manado Basarnas sudah menghubungi agensi berkaitan dan penyedia perkhidmatan navigasi udara Indonesia, Airnav, untuk meningkatkan usaha pencarian dan berkongsi maklumat penting.
Menurut Encik Monce, wilayah Sulawesi kini dilanda cuaca buruk dan orang ramai perlu mengelak potensi bahaya semasa dalam perjalanan atau belayar.
Agensi meteorologi, BMKG mengeluarkan amaran menasihatkan orang ramai supaya menangguhkan perjalanan yang tidak penting berikutan angin kencang, hujan dan ombak besar.
"Di Sulawesi Utara dan kawasan sekitarnya, keadaan cuaca buruk dari pagi Sabtu hingga Ahad malam mengakibatkan banyak pokok tua menghempap kenderaan dan rumah.
"Di Manado, banjir berlaku di beberapa kawasan dan penduduk dipindahkan," katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.