Skip to main content

Dunia

6 ditemui maut di hotel Bangkok

Anggaran Waktu Membaca:
6 ditemui maut di hotel Bangkok

Gambar: Lillian Suwanrumpha/AFP

Diterbitkan : 16 Jul 2024 10:22PM Dikemas Kini : 17 Jul 2024 08:35AM
BANGKOK: Sekurang-kurangnya enam orang ditemui maut di sebuah hotel di Bangkok pada Selasa (16 Jul).

Laporan awal menyatakan bahawa enam mangsa itu terbunuh dalam satu insiden tembakan, tetapi kemudian disangkal oleh seorang pegawai polis.

Enam mangsa berkenaan merupakan tetamu hotel rakyat asing, jelas koresponden CNA Thailand Saksith Saiyasombut. Setakat ini, punca kematian mereka masih tidak jelas.

Sementara itu, Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin telah mengarahkan siasatan dijalankan ke atas insiden berkenaan di sebuah hotel di Bangkok, di mana enam mangsa itu ditemui mati.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita