Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 disaman RM5,000 gara-gara cuba rentas negeri melancong ke Pulau Redang

Seramai enam individu termasuk seorang wanita dikenakan saman RM5,000 (S$1,615) setiap satu kerana merentas negeri untuk tujuan melancong ke Pulau Redang di Kuala Nerus.

Anggaran Waktu Membaca:
6 disaman RM5,000 gara-gara cuba rentas negeri melancong ke Pulau Redang

Gambar fail.

Diterbitkan : 26 Sep 2021 04:00PM Dikemas Kini : 26 Sep 2021 04:06PM

KUALA TERENGGANU: Seramai enam individu termasuk seorang wanita dikenakan saman RM5,000 (S$1,615) setiap satu kerana merentas negeri untuk tujuan melancong ke Pulau Redang di Kuala Nerus.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata kompaun terhadap individu berumur 32 hingga 47 tahun itu dikeluarkan melalui pemantauan Operasi Bersepadu Pematuhan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Bagi Fasa Tiga Dalam Sektor Pelancongan, selama dua hari bermula Jumaat lepas (25 Sep).

Encik Rohaimi berkata daripada enam individu itu, dua didapati merentas negeri dari Kuala Lumpur, dua dari Selangor dan masing-masing seorang dari Pulau Pinang dan Melaka.

“Operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran SOP (Prosedur Operasi Standard) berlaku bagi mengelakkan sebarang peningkatan kes jangkitan dan penularan COVID-19 di Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini (26 Sep).

Encik Rohaimi berkata tindakan keras juga akan diambil terhadap mana-mana pengusaha resort yang mengabaikan SOP termasuk membenarkan pelancong dari luar Terengganu untuk menginap dengan tujuan melancong atau lalai dalam memastikan penginap premis mereka lengkap menerima vaksin COVID-19.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan