Skip to main content

Dunia

6 disahkan mati dalam tragedi lombong emas runtuh di Indonesia

Sekurang-kurangnya enam maut dan puluhan lagi masih terperangkap selepas sebuah lombong emas haram runtuh di Indonesia. Demikian menurut pihak berkuasa hari ini (28 Feb). Pasukan penyelamat masih menjalankan operasi mencari.

Anggaran Waktu Membaca:
6 disahkan mati dalam tragedi lombong emas runtuh di Indonesia

Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan di tempat kejadian. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Feb 2019 02:15PM Dikemas Kini : 28 Feb 2019 02:19PM

SULAWESI UTARA: Sekurang-kurangnya enam maut dan puluhan lagi masih terperangkap selepas sebuah lombong emas haram runtuh di Indonesia. Demikian menurut pihak berkuasa hari ini (28 Feb). Pasukan penyelamat masih menjalankan operasi mencari.

Sekitar 19 pelombong berjaya diselamatkan sejak kemalangan pada Selasa (26 Feb) dan para penyelamat juga masih berhubungan dengan mereka yang terperangkap.

Namun, pasukan tersebut ibarat mengejar masa. Usaha menyelamat di kawasan terpencil pulau Sulawesi itu terhambat kerana tanah di tempat itu tidak stabil dan curam.

Para kakitangan perubatan terpaksa mengudungkan kaki seorang mangsa yang terselamat selepas dia terperangkap di bawah batu besar. Mangsa berkenaan hanya dapat diselamatkan jika pembedahan kecemasan dijalankan di tapak itu.

"Kami sedang mengejar masa," kata pegawai agensi bencana tempatan Abdul Muin Paputungan.

"Operasi menyelamat sedang dijalankan tetapi ia amat berisiko... Kami mendapat tahu sekurang-kurangnya tiga orang meminta bantuan dan kami sedang mencuba membantu mereka di samping membekalkan air dan makanan supaya mereka dapat bertahan."

Related article image
(Gambar: AFP)

(Gambar: AFP)

Pasukan penyelamat mempunyai mesin-mesin berat bagi membantu mereka. Malangnya, bergantung kepada keadaan di tapak itu, mereka seringkali terpaksa menggali tanah. Malah, ada yang menggunakan tangan mereka sendiri untuk mengalihkan serpihan-serpihan yang ada kerana takut tersalah langkah.

"Kami harus menghadkan jumlah anggota penyelamat kerana terdapat banyak retakan di tempat kejadian... jadi kami takut jika keadaan menjadi lebih berbahaya jika terlalu ramai orang," kata Encik Paputungan.

Enam orang disahkan mati selepas kemalangan itu, yang disebabkan palang-palang yang runtuh di tapak tidak berlesen, menurut agensi bencana itu.

Lebih 30 orang dikatakan masih terperangkap di tapak yang terletak di Bolaang Mongondow, Sulawesi Utara, di mana lima pelombong maut pada Disember akibat satu kemalangan.  

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita