Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 cedera setelah bas tentera Israel ditembak di Tebing Barat

Anggaran Waktu Membaca:
LEMBAH JORDAN, Tebing Barat: Warga Palestin melepaskan tembakan ke arah sebuah bas Israel di lebuh raya padang pasir di Tebing Barat pada Ahad (4 Sep), menurut pihak berkuasa tentera Israel dan pegawai perubatan.

Serangan itu mencederakan lima anggota tentera dan pemandu dalam serangan yang menunjukkan bahawa keganasan mungkin bermula lagi.

Insiden itu, yang menurut pihak berkuasa dua suspek bersenjata ditahan ketika mereka cuba melarikan diri, berlaku di antara Jenin dengan Nablus, iaitu bandar-bandar Palestin yang berbulan-bulan lamanya berdepan pemeriksaan keselamatan Israel yang intensif dan sering membawa maut.

Para saksi mengatakan bahawa warga Palestin di dalam sebuah kereta memotong jalan bas itu dan melepaskan tembakan. Apabila bas itu berhenti, mereka cuba untuk membakar bas itu.

TV Israel menyiarkan rakaman video sebuah kereta yang terbakar selepas sebutir bom api meletup di dalamnya.

Israel memperhebat serangan di Tebing Barat dalam beberapa bulan kebelakangan ini selepas beberapa serangan maut oleh warga Palestin di bandar-bandar Israel antara Mac dan Mei, menurut laporan Reuters.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan