Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 cedera selepas kereta Tesla rempuh tempat letak kereta di sekolah selatan England

Lima kanak-kanak dan satu orang dewasa dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan setelah kereta Model 3 Tesla Inc merempuh tempat letak kereta di sebuah sekolah di bahagian selatan England pada lewat petang Isnin (16 Ogos), menurut The Telegraph.

Anggaran Waktu Membaca:
6 cedera selepas kereta Tesla rempuh tempat letak kereta di sekolah selatan England

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Aug 2021 08:46AM Dikemas Kini : 17 Aug 2021 08:56AM

ENGLAND: Lima kanak-kanak dan satu orang dewasa dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan setelah kereta Model 3 Tesla Inc merempuh tempat letak kereta di sebuah sekolah di bahagian selatan England pada lewat petang Isnin (16 Ogos), menurut The Telegraph.

Sekurang-kurangnya seorang individu dilaporkan terperangkap di bawah kereta elektrik itu di tempat letak kereta sebuah kolej di Sussex, menurut laporan itu, meskipun jumlah sebenar tidak jelas.

Khidmat Ambulans Pantai Tenggara Perkhidmatan Kesihatan Nasional menyatakan seorang individu dalam keadaan tenat manakala tiga lagi berpotensi mengalami kecederaan serius.

Tidak diketahui jika ada pemandu di dalam kereta itu semasa kemalangan berlaku, menurut The Telegraph.

Tesla tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan komen mengenai insiden tersebut.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan