6 calon layak bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Iran
Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Presiden, Mahmood Ahmadinejad. (Gambar: AP)
DUBAI: Majlis Perlembagaan Negara mengumumkan enam calon yang layak bertanding dalam Pilihan Raya Presiden pada 28 Jun ini.
Pilihan raya itu terpaksa diadakan lebih awal setelah Presiden Ebrahim Raisi meninggal dunia dalam nahas helikopter pada 19 Mei lalu.

Kesemuanya 80 orang telah mendaftar untuk bertanding tetapi Majlis Perlembagaan menyifatkan hanya 6 yang layak.
Mereka termasuk Speaker Parlimen yang berfahaman konservatif, Mohammad Bagher Ghalibaf dan mantan perunding nuklear, Saeed Jalili, seorang tokoh konservatif yang tegar.
Daripada enam orang calon, hanya seorang tokoh pembaharuan iaitu Massoud Pezeshkian.
Mantan Presiden, Mahmood Ahmadinejad yang berfaham tegar, tidak terpilih.
"Dengan pengumuman senarai calon yang dimuktamadkan itu, kempen pilihan raya mereka bermula secara rasminya," jelas TV rasmi negara itu.

Sumber : AGENCIES/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.