6 bayi baru lahir maut dalam kebakaran hospital kanak-kanak di India
Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: Enam bayi baru lahir maut menyusuli kebakaran di sebuah hospital kanak-kanak di New Delhi, ibu kota India.
Demikian didedahkan oleh pihak berkuasa tempatan pada Ahad (26 Mei).
Semasa kebakaran, orang ramai menyerbu masuk ke hospital itu dan berjaya menyelamatkan 12 bayi baru lahir.
Namun, semasa rawatan cuba diberikan, enam bayi didapati sudah meninggal dunia.
Menurut pihak berkuasa, seorang bayi dilaporkan sudah maut sebelum kebakaran bermula.
Pemilik hospital itu dilaporkan telah melarikan diri, sedang punca kebakaran disiasat.
"Punca insiden berkenaan masih disiasat dan sesiapa yang bertanggungjawab atas kecuaian tersebut tidak akan terlepas (daripada dipertanggungjawabkan)," tegas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal dalam satu catatan di platform media sosial X.
Kebakaran berlaku sehari selepas 27 orang maut dalam kebakaran di sebuah pusat hiburan di Gujarat, wilayah di barat India.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Reuters/KH/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.