6.76 bilion dos vaksin COVID-19 disuntik di seluruh dunia
Lebih 6.76 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.
(Gambar: AFP)
WASHINGTON: Lebih 6.76 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.
Menurut data Universiti John Hopkins, China kini mendahului negara-negara dunia dengan lebih 2.24 bilion dos vaksin sudah didaftarkan.
Ini diikuti India dengan lebih 1 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 410 juta dos vaksin.
Brazil mencatat lebih 263 juta dos, sementara Jepun lebih 183 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara-negara lain dengan 178 juta dos vaksin COVID-19 sudah diberikan.
Ini diikuti Thailand dengan lebih 69 juta, Filipina sebanyak 54 juta dos, Malaysia dengan lebih 48 juta dos, dan Singapura dengan hampir 10 juta dos vaksin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.