59 keranda zaman purba Mesir ditemui di Kaherah
Sekumpulan ahli kaji purba di Mesir, berjaya menemui puluhan keranda zaman dinasti ke-26 yang wujud hampir 2,500 tahun lalu.
59 keranda masih tertutup itu ditemui semasa satu misi arkeologi. (Gambar: AFP)
KAHERAH: Sekumpulan ahli kaji purba di Mesir, berjaya menemui puluhan keranda zaman dinasti ke-26 yang wujud hampir 2,500 tahun lalu.
59 keranda masih tertutup itu ditemui semasa satu misi arkeologi pada Ogos lalu di sebuah tapak warisan dunia UNESCO di selatan ibu kota Kaherah.
Keranda-kerana tersebut berisi mumia para paderi dan kerani dinasti ke-26.
Semua keranda itu ditemui di dalam tiga terowong sepanjang 10 hingga 12 meter bersama dengan 28 patung dewa zaman purba Mesir.
Keadaan semua keranda itu masih cukup sempurna kerana menggunakan pelekat khas bagi melindunginya daripada tindak balas kimia.
Pasukan misi itu akan terus membuka keranda-keranda dan mengkaji isinya sebelum dipamerkan di Muzium Besar Mesir yang dijangka dibuka tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.