Skip to main content

Dunia

58 orang ditahan di sauna 'gay'

Polis Indonesia menahan 58 orang, termasuk tujuh warga asing, dalam satu serbuan ke atas sebuah sauna.

Anggaran Waktu Membaca:
58 orang ditahan di sauna 'gay'

Polis Indonesia memberkas 58 orang dalam satu serbuan ke atas sebuah sauna. (Gambar: MERDEKA.COM)

Diterbitkan : 08 Oct 2017 03:15PM Dikemas Kini : 08 Oct 2017 03:19PM

JAKARTA: Polis Indonesia menahan 58 orang, termasuk tujuh warga asing, dalam satu serbuan ke atas sebuah sauna.

Dalam petikan laporan Merdeka.com, sauna tersebut dilaporkan dijadikan tempat pelacuran lelaki sesama jenis atau 'gay'.

Mereka, seperti ditukil Merdeka.com, kebanyakannya berusia 20 tahun dari pelbagai latar belakang,

Menurut laporan Utusan Malaysia pula, polis menyerbu sauna tersebut selepas menerima maklumat daripada orang awam bahawa tempat itu dijadikan sebagai sarang pelacuran.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan jurucakap Polis Jakarta, Argo Yuwono, enam daripada suspek yang ditahan akan didakwa di bawah undang-undang antipornografi dan boleh dikenakan hukuman penjara selama enam tahun. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita