58 orang dalam SQ321 masih di hospital Bangkok; 2 rakyat SG di ICU
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Manan Vatsyayana)
SINGAPURA: Hampir 60 orang, termasuk lima rakyat Singapura, masih menerima rawatan di tiga hospital di Bangkok.
Demikian menurut Hospital Samitivej Srinakarin dalam satu kenyataan pada Rabu (22 Mei).
20 pesakit sedang dirawat di unit jagaan rapi (ICU), sementara 38 yang lain sedang dirawat di wad biasa.
Daripada lima rakyat Singapura yang berada di tiga hospital Bangkok, dua daripada mereka berada dalam ICU.
Para pesakit tersebut cedera dalam penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami gelora udara ekstrem pada Selasa (21 Mei), sedang ia dalam perjalanan dari London ke Singapura. Pesawat tersebut mendarat di Bangkok selepas kecemasan perubatan diisytiharkan.

41 pesakit berada di Hospital Samitivej Srinakarin, 15 di Hospital Samitivej Sukhumvit, manakala dua lagi berada di Hospital Bangkok.
Sembilan pesakit di Hospital Samitivej Srinakarin berjaya menjalani pembedahan pada Selasa. Lagi lima pesakit dijangka menjalani pembedahan pada Rabu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.