Skip to main content

Dunia

56 orang, termasuk 22 bayi dijangkiti COVID-19 di rumah perlindungan Johor Bahru

Seramai 56 orang, termasuk 22 bayi, di rumah perlindungan Baitus Solehah bagi ibu-ibu tunggal di Skudai Johor diuji positif COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
56 orang, termasuk 22 bayi dijangkiti COVID-19 di rumah perlindungan Johor Bahru

Gambar hiasan bayi.

Diterbitkan : 03 Feb 2021 10:40AM Dikemas Kini : 03 Feb 2021 10:42AM

JOHOR BARU: Seramai 56 orang, termasuk 22 bayi, di rumah perlindungan Baitus Solehah bagi ibu-ibu tunggal di Skudai Johor diuji positif COVID-19.

Mereka yang didapati positif sudahpun dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pengurus Baitus Solehah, Muna Liza Ismail, berkata jangkitan itu termasuk 22 ibu dan bayi-bayi mereka.

Ibu-ibu itu berusia antara 15 dengan 32 tahun manakala bayi mereka dalam lingkungan usia 10 hari dengan setahun.

"Kes positif COVID-19 dalam kalangan mereka di rumah perlindungan itu disahkan selepas pihak pengurusan menerima panggilan telefon daripada pihak berkuasa kesihatan pada Isnin (1 Feb) memaklumkan bahawa beberapa penghuni di sini positif."

Mereka menjalani ujian saringan COVID-19 pada Sabtu (30 Jan) selepas seorang penghuni menunjukkan simptom-simptom jangkitan," kata beliau di laman Facebook Baitus Solehah.

Rumah perlindungan itu sudah beroperasi sejak 2013 dan menempatkan ibu-ibu tunggal dari merata Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Baitus Solehah menyediakan tiga rumah perlindungan bagi wanita, termasuk satu yang dijadikan dormitori bagi ibu-ibu muda yang tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing kerana Perintah Kawlaan Pergerakan (PKP).

Di laman Facebook Baitus Solehah, Cik Muna Liza menjelaskan, sejak PKP 2020, rumah perlindungan itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan ketat.

Beliau menambah, mereka tidak membenarkan sebarang pelawat manakala mereka yang mahu mendermakan barangan diminta meletakkannya di luar pagar rumah perlindungan itu.

"Kakitangan (Baitus Solehah) sudah melakukan yang terbaik untuk memastikan semua penduduk tidak berasa terkejut apabila ambulans datang untuk mengambil mereka untuk dibawa ke Hospital Kluang, Hospital Permai dan Hospital Sultanah Aminah.

"Penting untuk menjaga kesihatan dan emosi mereka, lebih-lebih lagi ibu-ibu yang hamil dan menyusukan anak," kata beliau.

Sumber : Agensi berita/TODAY/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita