Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

545 bangunan bersejarah di Istanbul dipulihkan, kini tahan gempa

Anggaran Waktu Membaca:
ISTANBUL: Sebanyak 545 bangunan bersejarah di Istanbul, Turki dipulihkan untuk tahan gempa bumi berikutan gempa Izmit pada 1999.

Direktorat Am Yayasan bergabung dengan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan untuk memulihkan 300 bangunan bersejarah, manakala Perbandaran Metropolitan Istanbul memulihkan 245 bangunan.

Selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan Turki pada 6 Februari lalu, kemusnahan yang berlaku di 11 wilayah di Turki menarik perhatian Istanbul dan rintangan gempa bangunan bersejarah di wilayah itu menjadi perhatian ramai, lapor Agensi Anadolu.

Di bawah Direktorat Am Yayasan, bangunan seperti masjid, air pancuran, muzium, perpustakaan dan makam terus dipulihkan mengikut panduan pengurusan risiko gempa bumi bagi struktur sejarah.

Hampir 1.3 bilion lira Turki (S$90 juta) dibelanjakan untuk kerja-kerja pemulihan dan pengukuhan bangunan.

Sementara itu, Perbandaran Metropolitan Istanbul menjalankan penyenggaraan dan pembaikan tempat bersejarah di Istanbul dengan pasukan pakar menggunakan pembalut polimer bertetulang gentian (FRP) untuk beberapa dinding struktur bersejarah seperti Yedikule Gasworks bagi mengukuhkannya.

Penegang keluli juga digunakan untuk menjadikan struktur seperti Basilica Cistern tahan gempa bumi.

Kerja-kerja pemulihan diteruskan pada 33 bangunan bersejarah, termasuk Istana Rumeli Hisarı.
Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan