53% rakyat M'sia puas hati dengan kestabilan politik Kerajaan Perpaduan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Astro Awani)
KUALA LUMPUR: Sebanyak 53 peratus responden, yang terdiri daripada semua kaum, berpuas hati dengan kestabilan politik di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
Kaji selidik itu, yang dijalankan oleh Endeavour-MGC, melibatkan 1,068 responden daripada semua kaum dan 791 responden Melayu yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata, lapor Astro Awani.
Hasil dapatan itu turut menyaksikan 45 peratus responden Melayu berpuas hati dengan kestabilan politik, sementara hanya lapan peratus daripada semua kaum dan empat peratus responden Melayu masing-masing menyatakan sangat berpuas hati.
"Mengenai isu memerangi rasuah, sebanyak 48 peratus daripada semua kaum berpuas hati, manakala 43 peratus responden Melayu memberikan respons sama.
"Bagi isu agama pula, 64 peratus responden semua kaum berpuas hati, 10 peratus sangat berpuas hati, 17 peratus tidak berpuas hati, lima peratus sangat tidak berpuas hati, manakala empat peratus lagi tidak tahu.
"Sebanyak 57 peratus Melayu turut berpuas hati (isu agama), dengan lapan peratus sangat berpuas hati, tidak berpuas hati (24 peratus), sangat tidak berpuas hati (tujuh peratus), manakala tidak tahu (empat peratus)," demikian menurut dapatan kajian Endeavour-MGC yang disiarkan pada Rabu (31 Mei).
Dalam pada itu, hasil kajian mendapati 49 peratus dan 47 peratus masing-masing daripada responden semua kaum dan Melayu berpuas hati dengan prestasi keseluruhan Kerajaan Perpaduan terhadap isu perubahan iklim serta alam sekitar, seperti dipetik laporan Astro Awani.
Pada masa sama, sebanyak 44 peratus responden semua kaum dan 39 peratus responden Melayu bersetuju dengan keputusan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membentuk Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Tinjauan pendapat awam itu dijalankan dari 4 hingga 18 April lalu, dengan margin kesilapan keputusan adalah antara tiga hingga3.5 peratus, berdasarkan bilangan pemilih berdaftar di Semenanjung setakat Jun 2022.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.