52 negara bakal buat kenyataan di ICJ berkait jenayah dilakukan Israel di Gaza
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Sem van der Wal / ANP / AFP
ISTANBUL: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengumumkan bahawa 52 negara, termasuk Turki dan tiga pertubuhan antarabangsa, akan membuat kenyataan masing-masing tentang kesan undang-undang terhadap jenayah yang dilakukan oleh Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmakdis.
Media Turki memetik kenyataan oleh ICJ pada Sabtu (10 Feb) yang mengesahkan bahawa agensi badan dunia itu akan mengadakan pendengaran awam dalam tempoh antara 19 dan 26 Februari bagi tujuan tersebut, lapor Agensi Berita Iraq (NINA).
Menurut ICJ, 52 negara termasuk Turki, Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam dan Kesatuan Afrika, akan membuat kenyataan mereka pada sesi itu. Ia akan dimulakan dengan kenyataan Palestin pada 19 Februari dan berakhir dengan kenyataan Maldives pada 26 Februari.
Bulan lalu, ICJ mengumumkan keputusan awalnya bagi kes yang dibawa oleh Afrika Selatan dalam rangka Konvensyen Pembunuhan Beramai-Ramai 1948.

BACA:
Walaupun keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa menggesa agar serangan terhadap Palestin dihentikan, Israel masih meneruskan serangannya ke atas Carikan Gaza, tanpa mengambil langkah untuk menamatkan tragedi kemanusiaan.
Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.