Skip to main content

Dunia

52 kemalangan maut dicatatkan sepanjang 4 hari Op Selamat

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Sebanyak 52 kemalangan maut melibatkan 58 kematian direkodkan di seluruh Malaysia setakat empat hari pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baru Cina.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman DCP Mohd Nasri Omar berkata daripada jumlah kematian itu, 38 membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal, pemandu dan penumpang kereta (14), pemandu dan penumpang lori (tiga), pejalan kaki (dua) serta satu pemandu jip.

“Seramai 33 individu dilaporkan cedera parah manakala 250 lagi cedera ringan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad malam (22 Jan).

Mengenai jumlah keseluruhan kemalangan, Encik Mohd Nasri berkata 7,180 kes direkodkan yang melibatkan 9,198 kenderaan dan 9,653 saman atas enam kesalahan lalu lintas utama dikeluarkan.

Menurutnya kesalahan paling banyak adalah melanggar lampu isyarat iaitu 3,250 saman, memandu melebihi had laju (2,785) dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu (1,316).

“Selain itu, 1,183 saman dikeluarkan atas kesalahan memotong barisan, memotong di garisan berkembar (692) dan memandu di lorong kecemasan (427),” katanya sambil menasihatkan pengguna jalan raya sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko kemalangan.

Op Selamat 19 dilaksanakan 10 hari mulai Rabu lalu (18 Jan) hingga 27 Jan ini secara serentak di Malaysia.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita