51 terbunuh, puluhan cedera dalam serangan Israel di kem Maghazi, Gaza
Kanak-kanak yang cedera dalam pengeboman Israel dibawa ke sebuah hospital di Deir al Balah, selatan Carikan Gaza pada 2 Nov 2023. (Gambar AP/Hatem Moussa)
GAZA: Sekurang-kurangnya 51 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam pengeboman terbaharu Israel ke atas kem Maghazi di Gaza,pada Sabtu malam (4 Nov).
Jumlah itu dilaporkan agensi berita Palestin WAFA dan Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu secara bebas.
Tentera Israel tidak segera mengulas ketika diminta untuk komen.
Seorang jurucakap Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas di Gaza, Ashraf al-Qidra, berkata sejumlah besar orang terbunuh tanpa memberikan angka yang tepat, sambil menambah puluhan lagi yang cedera parah sedang terbaring di wad kecemasan hospital.
Maghazi terletak di Deir al-Balah di tengah Carikan Gaza.
Sebelum ini Israel mendakwa ia menyasarkan Hamas, bukan orang awam, dan menuduh kumpulan itu menggunakan penduduk sebagai perisai manusia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.