Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

50,000 wanita hamil tiada akses kepada jagaan kesihatan asas di Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
GAZA: Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) menyatakan bahawa 50,000 wanita hamil di Carikan Gaza tidak memperoleh akses perkhidmatan kesihatan asas.

Agensi PBB itu menambah, ibu hamil, termasuk kira-kira 5,500 yang dijangka bersalin bulan ini, bergelut untuk mendapatkan khidmat jagaan kesihatan.

Wakil UNFPA untuk Palestin, Dominic Allen, berkata sistem jagaan kesihatan di Gaza kini diambang kemusnahan. 

“Bayangkan kesukaran yang mereka lalui dalam peringkat akhir untuk bersalin, dengan kemungkinan komplikasi, tanpa pakaian, kebersihan, sokongan dan tiada kepastian mengenai keadaan mereka dan anak yang bakal lahir,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Encik Allen. 

Encik Allen berkata segelintir bidan tidak dapat datang ke wad bersalin di hospital untuk bertugas, berikutan keadaan berbahaya.

Beliau menggesa supaya akses kepada bantuan dan bekalan kemanusiaan di kawasan itu dipermudah.

Keadaan di Carikan Gaza semakin teruk, dengan Israel mengenakan sekatan yang ketat ke atas penduduk, selain percubaan untuk memaksa penduduk berpindah ke bahagian selatan.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan