Skip to main content

Dunia

50,000 jemaah Palestin solat tarawih di Masjid Al-Aqsa meski berdepan sekatan Israel

Anggaran Waktu Membaca:
BAITULMAKDIS: Kira-kira 50,000 jemaah Palestin menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Aqsa pada Khamis (21 Mac) di Baitulmakdis Timur yang diduki, meskipun berdepan sekatan Israel.

Dalam kenyataan ringkas, Jabatan Wakaf Islam di Baitulmakdis menyatakan hampir 50,000 jemaah menghadiri solat tarawih di Masjid Al-Aqsa menjelang Jumaat kedua bulan Ramadan.

Agensi berita rasmi Palestin, WAFA, melaporkan bahawa tentera Israel menutup Jalan Al-Wad di Kota Lama Baitulmakdis, yang menghalang akses ke masjid tersebut.

Israel menyekat akses jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di seluruh Tebing Barat yang diduduki, berikutan serangan tentera Israel di Carikan Gaza sejak 7 Oktober.
 
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita