Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

50,000 ayam dihapus akibat wabak selesema burung

Anggaran Waktu Membaca:
COPENHAGEN: Kira-kira 50,000 ekor ayam perlu dimusnahkan susulan penularan baru virus selesema burung di sebuah ladang di barat Denmark, menurut kenyataan Kementerian Makanan, Pertanian dan Perikanan negara itu pada Isnin (2 Jan).

"Ayam itu dijangkiti virus H5N1 yang mudah merebak dan boleh menyebabkan kematian. Kami akan memusnahkan 50,000 ekor ayam dalam tempoh beberapa hari akan datang," kata ketua bahagian Pentadbiran Veterinar dan Makanan Denmark (DVFA) Lotte Brink, lapor agensi berita Xinhua.

Virus itu pertama kali dikesan pada malam Tahun Baru selepas apabila beberapa ekor ayam ditemukan mati di sebuah ladang berhampiran bandar Orum di Perbandaran Hedensted, kira-kira 177 kilometer barat Copenhagen.

Semua ayam yang dijangkiti dijangka dihapuskan oleh DVFA dan Agensi Pengurusan Kecemasan Denmark (DEMA) diikuti dengan kerja-kerja pembersihan menyeluruh dan pembasmian kuman di seluruh kawasan ladang.

Pada Isnin, DVFA sudah menyenaraikan kawasan yang berada dalam lingkungan 10 kilometer dari ladang itu sebagai Zon Larangan, sebarang pengeluaran telur atau ayam tanpa permit dilarang sama sekali.

Penularan wabak selesema burung itu kali keempat berlaku sejak Oktober dan yang terbesar setakat ini, menurut kementerian berkenaan.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan