Skip to main content

Dunia

5,000 penduduk terjejas banjir di Sri Lanka

Anggaran Waktu Membaca:
5,000 penduduk terjejas banjir di Sri Lanka

(Gambar fail: ISHARA S. KODIKARA / AFP)

COLOMBO: Lebih 5,000 orang dari tiga daerah di Sri Lanka terjejas akibat banjir pada pagi Ahad (1 Okt), menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC) Sri Lanka, lapor Xinhua.

Paras air di Sungai Gin, Nilwala dan Kalu serta Sungai Attanagalu Oya terus meningkat dan menyebabkan banjir di beberapa kawasan.

Amaran tanah runtuh turut dikeluarkan untuk lapan daerah – Galle, Matara, Hambantota, Kalutara, Kandy, Kegalle, Matale dan Ratnapura.

Paras air di Sungai Kelani, yang mengalir melalui kawasan berpenduduk tinggi turut dilaporkan, dedah DMC.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi menyatakan Fort Colombo (138.5 mm) menerima curahan hujan tertinggi dalam tempoh 24 jam yang berakhir pada 8.00 pagi Ahad.

Hujan lebat diramal melanda wilayah barat dan selatan, tengah dan barat laut Sabaragamuwa pada Isnin (2 Okt).
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita