Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

50% warga dunia terdedah ancaman banjir, ribut, tsunami jelang 2030

Menjelang 2030, dianggarkan 50 peratus daripada penduduk dunia yang tinggal di kawasan pantai akan terdedah kepada ancaman banjir, ribut dan tsunami. Demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis (4 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
50% warga dunia terdedah ancaman banjir, ribut, tsunami jelang 2030

Ribut debu di Australia. (Gambar: Greg Wood/AFP)

Diterbitkan : 05 Nov 2021 12:28PM Dikemas Kini : 05 Nov 2021 12:31PM

ISTANBUL: Menjelang 2030, dianggarkan 50 peratus daripada penduduk dunia yang tinggal di kawasan pantai akan terdedah kepada ancaman banjir, ribut dan tsunami. Demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis (4 Nov).

Sempena Hari Kesedaran Tsunami Sedunia, PBB dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan bencana tsunami yang berlaku sepanjang 100 tahun lalu, punca serta kesannya kepada masyarakat, bahaya berikutan bencana itu dan kematian.

Menurut Agensi Anadolu, laporan itu menyatakan bahawa melaksanakan dasar dan langkah awal yang tepat serta sesuai dapat membantu mencegah potensi bencana.

PBB, yang menyenaraikan tsunami sebagai antara bencana alam paling berbahaya, memberi amaran bahawa pembandaran dan pelancongan harus dicegah di kawasan yang mudah berlaku tsunami bagi mengelakkan risiko terhadap orang ramai.

Sri Lanka, India, Indonesia, Thailand dan Jepun adalah antara negara paling terjejas, menurut kenyataan itu.

Data PBB dan WHO menunjukkan kira-kira 260,000 orang terbunuh akibat 58 tsunami yang melanda dalam tempoh 100 tahun lalu. 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Suruhanjaya Oseanografi UNESCO (IOC) menjalankan kajian untuk menyelaraskan perkhidmatan amaran awal tsunami. Stesen Amaran Awal Tsunami dan Sistem Tebatan ditubuhkan untuk kawasan Pasifik, Lautan Hindi, Caribbean dan Atlantik Utara-Timur, Mediterranean dan di kawasan laut yang lain. 

Dengan itu, UNESCO mahu meningkatkan kesedaran mengenai amalan yang harus dilaksanakan untuk mengurangkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda akibat tsunami.

IOC turut menganjurkan latihan perhubungan dan pemindahan penduduk di negara anggota di bawah program kesedaran mengenai tsunami.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan