Skip to main content

Dunia

50 maut dalam serangan nekad di Afghanistan

Sekurang-kurangnya 50 jemaah terkorban dan lebih 90 cedera akibat satu serangan bom nekad di sebuah masjid golongan Syiah di bandar Kunduz, utara Afghanistan, pada Jumaat (8 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
50 maut dalam serangan nekad di Afghanistan

Kesan serangan bom nekad di Masjid Kunduz. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 08 Oct 2021 10:01PM Dikemas Kini : 08 Oct 2021 10:06PM

KUNDUZ: Sekurang-kurangnya 50 jemaah terkorban dan lebih 90 cedera akibat satu serangan bom nekad di sebuah masjid golongan Syiah di bandar Kunduz, utara Afghanistan, pada Jumaat (8 Okt).

Sejauh ini belum ada pihak mengaku mendalangi serangan paling berdarah sejak pasukan Amerika Syarikat berundur dari negara itu.

Seorang doktor di Hospital Wilayah Kunduz, yang enggan dikenali, berkata pihaknya sudah menerima 35 mayat dan merawat lebih 50 mangsa yang cedera.

Sebuah lagi hospital dikendalikan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) melaporkan menerima sekurang-kurangnya 15 mayat mangsa tragedi itu.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Muhajid, sebelum itu berkata sejumlah orang terbunuh dan cedera apabila "satu letupan berlaku di sebuah masjid Syiah" di Kunduz.

Penduduk di Kunduz berkata letupan berlaku ketika jemaah menunaikan solat Jumaat.

Gambar memaparkan tragedi itu tersebar di media sosial, namun tidak dapat disahkan sama ada gambar menunjukkan beberapa mayat terbaring itu diambil di lokasi sebenar.

Video lain menunjukkan lelaki mengarahkan orang ramai termasuk wanita dan kanak-kanak, supaya menjauhi dari tempat kejadian.

Menurut sumber, seorang pekerja kumpulan bantuan antarabangsa juga antara yang cedera.

Sumber : AFP/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita