50 khemah karnival Aidilfitri di Kedah terbalik, barang jualan rosak dibadai ribut

(Gambar: Kosmo! Online)
PADANG SERAI: Kira-kira 50 khemah niaga termasuk bersaiz besar di tapak karnival jualan Aidilfitri di Padang Serai, Kedah rosak dan terbalik dalam kejadian ribut kira-kira pukul 3.20 petang Selasa (28 Mac).
Kejadian itu mengakibatkan barang jualan seperti pakaian dan kelengkapan raya bertaburan dan basah, lapor Kosmo! Online.
Insiden itu turut melibatkan kira-kira tujuh khemah bazar Ramadan, selain beberapa kenderaan rosak dihempap khemah terbalik.
Seorang penduduk, Ilya Farhan Mohd Ilias, 36 tahun, berkata, kejadian angin kencang itu berlaku selama kira-kira 15 minit dan menerbangkan kesemua khemah niaga di situ.
“Secara kebetulan, saya baru melalui tapak jualan tersebut dan melihat kesan kerosakan akibat ribut.
“Semua khemah peniaga termasuk khemah di pentas utama karnival patah dan terbalik,” Kosmo! Online memetik kata-kata Encik Ilya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.