50% calon jemaah haji Malaysia 2025 tolak tawaran kerana kurang duit
Anggaran Waktu Membaca:
Musim haji di Makkah. (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Sebanyak 50 peratus jemaah haji Malaysia yang dipilih untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini, menolak tawaran tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata faktor penolakan tawaran itu dikenal pasti berpunca daripada masalah kewangan dihadapi jemaah tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan bahawa 53 peratus daripada 9.7 juta pendeposit Tabung Haji (TH) direkodkan mempunyai simpanan kurang RM1,300 (S$410).
Menurutnya lagi, keadaan itu menyebabkan pendeposit dengan baki simpanan kurang RM1,300 belum layak menunaikan haji kerana jumlah itu tidak mencukupi bagi tujuan tersebut.
"Ini kerana TH kini kurang dilihat sebagai institusi penabungan yang mampu menarik simpanan konsisten biarpun ia ditubuhkan dengan dua matlamat utama, iaitu sebagai institusi penabungan dan organisasi memudah cara perjalanan haji umat Islam ke Tanah Suci.
"Peranan TH sebagai institusi penabungan mula terkesan apabila perlu bersaing dengan produk simpanan atau pelaburan lain yang lebih menarik seperti unit amanah, emas, simpanan pendidikan dan skim persaraan swasta," katanya, seperti dipetik BH Online.
Beliau menjawab soalan Dr Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) menerusi jawapan bertulis di laman parlimen mengenai kos keseluruhan projek penjenamaan semula TH serta jumlah akhir peruntukan kewangan bagi projek itu yang sudah dimuktamadkan dan sumber kewangan digunakan.
Mengulas lanjut, Dr Mohd Na'im menjelaskan dengan mengambil kira semua faktor itu dan berdasarkan data serta trend kajian teliti yang dilaksanakan, TH perlu mengambil langkah strategik dengan melaksanakan peremajaan jenama bagi memastikan ia kekal relevan.
"Ini terutama dalam usaha menarik lebih ramai umat Islam menabung secara konsisten bagi menunaikan haji, selain matlamat inisiatif itu bertujuan menyusun semula strategi untuk meningkatkan kembali paras simpanan individu pendeposit yang kini amat rendah.
"Bagi tiga tahun terkini, simpanan terkumpul hanya meningkat melalui pelaburan semula agihan keuntungan dan bukan secara organik," katanya, seperti dinukil BH Online.
Mengenai kos penjenamaan semula TH, Dr Mohd Na'im berkata, peruntukan bagi perkhidmatan syarikat konsortium perunding untuk inisiatif peremajaan jenama itu bernilai RM5.9 juta (1.9 juta) atau kira-kira RM2 juta (S$630,970) setahun bagi tempoh tiga tahun, sebagaimana diperjelaskan pada 16 Ogos lalu.
Setakat ini, beliau berkata, TH sudah membelanjakan RM1.9 juta (S$599,420) berdasarkan kemajuan pencapaian semasa, selari tempoh dipersetujui, selain masih memperhalusi kerja lanjutan diperlukan bagi inisiatif berkenaan dan ia belum dimuktamadkan.
"Hanya peruntukan kos perunding yang dimuktamadkan dan tiada sebarang kontrak lain dimeterai, setakat ini.
"Peruntukan ini juga mengguna pakai bajet tahunan sedia ada bagi aktiviti pemasaran dan komunikasi TH," katanya, menurut laporan BH Online.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.