Skip to main content

Dunia

5 wartawan Al Jazeera maut dalam serangan Israel di Gaza

Perasaan marah meluap di Gaza setelah satu serangan udara Israel membunuh lima kakitangan syarikat media Al Jazeera.

Anggaran Waktu Membaca:
5 wartawan Al Jazeera maut dalam serangan Israel di Gaza

Orang ramai mengiringi jenazah wartawan Al Jazeera yang terbunuh dalam serangan Israel, pada 11 Ogos 2025. (Gambar: AFP/Omar Al-Qattaa)

Diterbitkan : 11 Aug 2025 08:13PM
GAZA: Perasaan marah meluap di Gaza setelah satu serangan udara Israel membunuh lima kakitangan syarikat media Al Jazeera.

Rangkaian yang dibiayai pemerintah Qatar itu mengecam serangan tersebut yang dianggap sebagai satu "pembunuhan yang disasarkan".

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sebaliknya mendakwa serangan itu menyasarkan anggota Hamas yang menyamarkan diri sebagai seorang wartawan.

IDF menuduh wartawan veteran Al Jazeera, Anas Al Sharif sebagai ketua sel pengganas Hamas yang melancarkan serangan-serangan roket.

Bagaimanapun, Al Jazeera menolak dakwaan itu dan sebaliknya menegaskan bahawa ia satu langkah terdesak untuk melenyapkan suara-suara yang mendedahkan usaha Israel untuk merampas dan menduduki Gaza.

Para kakitangan Al Jazeera yang dibunuh itu dianggap sebagai suara-suara terakhir dari medan konflik kerana media antarabangsa tidak lagi dibenarkan untuk masuk ke Gaza.

Almarhum Anas, 28 tahun, berada di dalam sebuah khemah di pekarangan Hospital Shifa di Bandar Gaza apabila berlaku serangan udara.

Empat lagi kakitangan Al Jazeera yang maut merupakan dua wartawan dan dua orang jurugambar.

Sebelum ini, sebuah kumpulan media bebas memberi amaran bahawa nyawa Encik Anas Al Sharif dalam bahaya kerana laporan-laporan yang diterbitkannya.

Catatan yang ditulis Almarhum sempat dimuat naik ke akaun X sebelum beliau meninggal dunia.

Kata beliau, catatan tersebut adalah "wasiat dan mesej terakhirnya" dan jika ia dimuat naik - bermakna, Israel sudah berjaya membunuhnya.

Beliau turut meminta bantuan orang ramai supaya menjaga anak lelaki, ibu dan isterinya.
Sumber : Agensi berita/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita