Skip to main content

Dunia

5 warga M'sia yang ditahan tentera Indonesia dibebaskan

Kejadian lima rakyat Malaysia di Sarawak yang didakwa diculik Tentera Nasional Indonesia (TNI) di hutan Wong Rangkai berhampiran sempadan Serian-Kalimantan pada 11 Dis lalu tidak akan menjejas hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
5 warga M'sia yang ditahan tentera Indonesia dibebaskan

Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Sabu. (Gambar fail: Mohamad Sabu/Facebook)

Diterbitkan : 24 Dec 2018 10:37AM Dikemas Kini : 24 Dec 2018 10:50AM

KUALA LUMPUR: Kejadian lima rakyat Malaysia di Sarawak yang didakwa diculik Tentera Nasional Indonesia (TNI) di hutan Wong Rangkai berhampiran sempadan Serian-Kalimantan pada 11 Dis lalu tidak akan menjejas hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara.

Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu berkata, sebarang masalah akan dibincangkan menerusi meja rundingan secara baik.

"Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan dua hala yang erat dalam semua bidang khasnya pertahanan.

"Kerjasama antara dua negara amat baik sekali dan kejadian itu tidak akan menimbulkan masalah dalam hubungan antara kedua-dua negara," katanya.

Sebuah akhbar tempatan semalam (23 Dis) melaporkan lima rakyat tempatan berusia 15 hingga 64 tahun, ditahan di hutan berkenaan yang terletak sekitar 400 meter dari sempadan Serian-Kalimantan.

Menurut laporan itu, mereka ditahan beberapa lelaki berpakaian tentera dan bersenjata atas dakwaan menebang pokok di kawasan hutan berkenaan. Namun mereka dibebaskan beberapa hari kemudian setelah rundingan dilakukan di kawasan sempadan.

Difahamkan, Malaysia menghantar satu nota bantahan ke Jakarta yang mengutuk serangan dan penahanan rakyatnya oleh pasukan keselamatan Indonesia. Nota bantahan itu dihantar melalui kedutaan Indonesia di Malaysia pada Jumaat lalu (21 Dis).

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita