5 warga China, 1 rakyat Vietnam diberkas dalam serbuan terhadap penyeludupan emas di Hanoi
Anggaran Waktu Membaca:
Bendera Vietnam di Hanoi. (Gambar: AP/Athit Perawongmetha)
HANOI: Pihak berkuasa di Vietnam memberkas lima warga China yang dituduh menyeludup emas bernilai lebih daripada AS$45 juta (S$58 juta) di Hanoi, menurut polis pada Selasa (19 Mei).
Seorang warga Vietnam turut ditangkap dalam serbuan itu, yang menurut polis berjaya menumpaskan "kumpulan penyeludupan emas terbesar" di ibu negara tersebut.
Rakyat Vietnam mempunyai tradisi menyimpan kekayaan mereka dalam bentuk emas. Harga emas di negara itu biasanya lebih tinggi daripada harga pasaran dunia disebabkan oleh kawalan ketat terhadap cara ia boleh dibeli dan dijual.
Kumpulan penyeludup itu, yang dipercayai diketuai oleh seorang warga China, diberkas bersama dengan lima kilogram emas di Hanoi, menurut kenyataan polis.
Menurut polis, kumpulan itu menyeludup emas dari Hong Kong dengan "menyembunyikannya di dalam hantaran barangan peralatan elektronik bagi mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa".
Sebelum menjualnya, kumpulan tersebut menggunakan bahan kimia untuk membersihkan emas itu, sebelum melebur dan mencetaknya semula menjadi jongkong emas untuk pelanggan di Hanoi dan wilayah jiran, Bac Ninh.
Rakan subahat warga Vietnam itu, yang menerima mata wang kripto sebagai upah untuk memindahkannya mengikut arahan ketua kumpulan warga China tersebut, memberitahu polis bahawa dia menerima bayaran sehingga 200 million dong (S$9,745) sebulan.
Polis menyatakan bahawa kumpulan itu memperdagangkan kira-kira 300 kilogram emas bernilai lebih AS$45 juta antara bulan Mac sehinggalah tarikh penangkapan mereka yang tidak dinyatakan.
Vietnam tidak mempunyai bursa emas, dan bank-bank tempatan tidak menawarkan akses kepada orang ramai untuk menggunakan platform dagangan online bagi logam berharga itu.
Bagaimanapun, orang ramai masih boleh membeli emas di kedai-kedai barang kemas swasta dan milik pemerintah.

Sumber : AFP/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.