5 terkorban, ribuan terkandas akibat hujan lebat di selatan China
Ribuan orang terkandas dan sekurang-kurangnya lima terkorban akibat hujan lebat di tengah dan selatan China, dengan pihak berkuasa bersiap sedia untuk hujan lebat sekurang-kurangnya empat hari lagi.

Ribuan orang terkandas dan sekurang-kurangnya lima terkorban akibat hujan lebat di tengah dan selatan China. (Gambar: AFP/STR)
SHANGHAI: Ribuan orang terkandas dan sekurang-kurangnya lima terkorban akibat hujan lebat di tengah dan selatan China, dengan pihak berkuasa bersiap sedia untuk hujan lebat sekurang-kurangnya empat hari lagi. Demikian menurut laporan media negara pada Selasa (11 Jun).
China Daily melaporkan bahawa banjir sudah memusnahkan 10,800 hektar tanaman dan ratusan rumah di wilayah Jiangxi menjelang Isnin, dengan seramai 1.4 juta orang terjejas dan kerugian ekonomi berjumlah 2.65 bilion yuan (S$522 juta).
Di wilayah Guangxi di barat daya China, seramai 20,000 rumah kehilangan kuasa elektrik dan jalan raya, jambatan dan infrstruktur yang lain terjejas teruk, lapor China Daily.
Kadar hujan di Jiangxi sudah mencecah 688ml, menurut satu notis oleh pentadbiran kaji cuaca China. Ia menyatakan bahawa hujan di beberapa bahagian Jiangxi dan Hunan sudah mencecah rekod tinggi bagi Jun.
Pentadbiran itu menyatakan bahawa hujan ribut dijangka akan berlaku di Guangdong, Fujian, Jiangxi, Yunnan, Sichuan dan Taiwan menjelang Khamis. Ia juga memberi amaran kepada pihak berkuasa agar berwaspada terhadap ribut dahsyat dan kemungkinan air sungai-sungai kecil melimpahi tebing dalam beberapa hari mendatang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.