5 terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sempena ulang tahun ketiga serangan Hamas
Lima orang dilaporkan terbunuh dalam serangan baharu Israel ke atas Gaza pada Rabu (7 Okt), ketika Israel memperingati ulang tahun ketiga serangan Hamas yang mencetuskan perang di wilayah Palestin itu.
Seorang lelaki Palestin menaiki kereta keldai di tengah-tengah runtuhan bangunan yang musnah akibat perang di Gaza City pada 7 Oktober 2026. (Gambar: REUTERS/Mahmoud Issa)
- Five people were reported killed in fresh Israeli attacks on Gaza on Wednesday, Oct 7, involving northern and southern areas, Gaza City, Khan Yunis and Al-Buraq camp.
- The Israel army claimed that certain attacks targeted Hamas members, including Mohamed Tamous, but Gaza hospitals also reported civilian deaths and several injuries.
- The attacks took place as Israel marked the third anniversary of the Hamas attack, while the Yellow Line continued to separate areas under Israeli and Hamas control.
- Although a ceasefire remains in force, Gaza residents still face displacement, food shortages, high prices and a rising death toll.
- Lima orang dilaporkan terbunuh dalam serangan baharu Israel di Gaza pada Rabu, 7 Okt, melibatkan kawasan utara, selatan, Gaza City, Khan Yunis dan kem Al-Buraq.
- Tentera Israel mendakwa serangan tertentu menyasarkan anggota Hamas, termasuk Mohamed Tamous, namun hospital Gaza turut melaporkan kematian orang awam dan beberapa kecederaan.
- Serangan berlaku ketika Israel memperingati ulang tahun ketiga serangan Hamas, sementara Garisan Kuning terus memisahkan kawasan kawalan Israel dan Hamas.
- Walaupun gencatan senjata berkuat kuasa, penduduk Gaza masih berdepan kehilangan tempat tinggal, kekurangan makanan, harga tinggi dan angka korban yang terus meningkat.
Menurut para pegawai Palestin, serangan tersebut berlaku di beberapa kawasan di utara dan selatan Gaza.
Hospital Al-Shifa di Gaza City melaporkan dua orang terbunuh dalam serangan Israel pada sebelah malam.
Agensi pertahanan awam Gaza mengenal pasti seorang daripada mangsa sebagai Mohamed Tamous, seorang sukarelawan agensi tersebut yang menyediakan khidmat keselamatan kecemasan di bawah pentadbiran Hamas.
Bagaimanapun, tentera Israel mendakwa pihaknya menyerang dan membunuh dua anggota Hamas yang keluar dari Hospital Kamal Adwan di utara Carikan Gaza.
Tentera Israel turut mendakwa seorang daripada mereka memasang bahan letupan berhampiran Garisan Kuning dengan tujuan menyerang tenteranya.
Garisan Kuning memisahkan kawasan yang dikuasai tentera Israel dengan kawasan di bawah kawalan Hamas di Carikan Gaza.
Tentera Israel mengenal pasti Tamous sebagai seorang penembak tepat sayap tentera Hamas yang turut bekerja dengan agensi pertahanan awam Gaza.
SERANGAN DI SELATAN GAZA
Di Khan Yunis, Hospital Nasser melaporkan seorang lelaki berusia 60 tahun, Hisham Ibrahim Abu Mustafa, terbunuh dalam serangan Israel, manakala beberapa yang lain cedera.
Hospital itu turut menerima mayat Ziad Zaarab yang dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Khan Yunis.
Beberapa orang turut cedera dalam serangan tersebut.
Satu lagi serangan terhadap sebuah khemah di kem Al-Buraq pada sebelah petang mengakibatkan seorang lagi terbunuh.
Tentera Israel menyatakan serangan terakhir itu menyasarkan seorang anggota tentera, namun tidak segera memberikan ulasan mengenai serangan-serangan lain.
KEADAAN KEMANUSIAAN MASIH MERUNCING
Tiga tahun selepas perang di Gaza bermula, keadaan kehidupan para penduduk Palestin masih amat sukar meskipun gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat berkuat kuasa pada Oktober 2025.
Ratusan ribu penduduk yang kehilangan tempat tinggal masih berlindung di khemah dan tempat perlindungan sementara di sepanjang pantai serta berhampiran runtuhan bangunan kediaman.
Seorang penduduk Gaza City, Mahmoud Abu Hasira, berkata tiga tahun kepungan, pembunuhan dan kemusnahan menyebabkan Carikan Gaza tidak lagi sesuai untuk didiami.
Seorang lagi penduduk, Bassam Nasser, yang kehilangan tempat tinggal sejak awal perang, berkata ramai penduduk kehilangan anggota keluarga dengan mayat mereka masih tertimbus di bawah runtuhan.
Israel menyatakan tenteranya menguasai kira-kira 60 peratus wilayah Gaza, termasuk kawasan pinggir seperti Beit Hanoun.
Sebahagian besar penduduk Palestin pula tinggal di kawasan selebihnya yang dikuasai Hamas.
Meskipun Israel melonggarkan sekatan terhadap kemasukan trak bantuan selepas gencatan senjata, para penduduk masih berdepan kekurangan makanan, ketakutan, kehilangan tempat tinggal dan kenaikan harga barangan.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza yang ditadbir Hamas, lebih 74,200 orang terbunuh akibat serangan tentera Israel sejak perang bermula.
Angka tersebut dianggap boleh dipercayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sejak gencatan senjata diumumkan pada Oktober tahun lalu, lebih 1,460 orang terbunuh akibat tindakan tentera Israel di Gaza, menurut kementerian itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.