Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 terbunuh, 21 cedera dalam insiden rampasan bas di Fujian

Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh selepas sebuah bas yang dirampas, merempuh orang ramai di tenggara China.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Dec 2018 09:30PM Dikemas Kini : 25 Dec 2018 10:39PM

BEIJING: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh selepas sebuah bas yang dirampas, merempuh orang ramai di tenggara China.

Kejadian sekitar jam 3.00 petang waktu tempatan pada Selasa (25 Dis) itu berlaku di bandar Longyan, di wilayah Fujian.

Lelaki yang merampas bas tersebut menyerang seorang penumpang wanita sebelum merampas bas itu, menurut media tempatan Beijing.

Media tempatan menyiarkan video itu yang tular di laman internet, menunjukkan seorang yang membuat rampasan itu, berjaya ditahan pihak polis.

Kes tersebut sedang disiasat, menurut polis dalam satu kenyataan, tanpa memberikan sebarang butiran.

Menurut beberapa laporan, suspek bersenjatakan pisau ketika merampas bas berkenaan. Salah seorang yang terbunuh merupakan anggota polis. 21 yang lain dilaporkan cedera.

Sumber : Reuters/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan