Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 singa terlepas di taman haiwan Sydney, tetamu dipindah ke tempat selamat

Anggaran Waktu Membaca:
SYDNEY: Lima ekor singa berjaya lolos dari kandang di Taman Haiwan Taronga di Sydney pada awal Rabu (2 Nov), mendorong taman haiwan itu untuk mengeluarkan amaran "kod satu". Tetamu program penginapan semalaman "Roar and Snore" segera dipindahkan ke kawasan selamat.

Amaran itu dikeluarkan selepas rakaman video menunjukkan seekor singa jantan bernama Ato dan empat anak singa berada di luar kandang pada pukul 6.30 pagi meskipun haiwan itu masih berada dalam kawasan yang dipisahkan daripada seluruh taman haiwan melalui pagar setinggi 1.8 meter.

Salah seekor anak singa itu ditangkap selepas ditembak dengan ubat pelali manakala baki empat kembali ke kandang dengan sendirinya.

Taman haiwan berkenaan menyatakan respons kecemasan taman itu dihidupkan kurang 10 minit selepas singa-singa itu keluar daripada kawasan utama pameran.

Haiwan itu disahkan kembali ke kandang pada 9.00 pagi, lapor media tempatan.

"Taman haiwan ini ada protokol keselamatan yang sangat ketat untuk kejadian sebegini dan tindakan segera dilaksanakan," kata Pengarah Eksekutif Taman Haiwan Taronga, Simon Duffy dalam satu sidang media.

Polis juga dikerahkan ke taman haiwan tersebut dan kakitangan dengan segera memindahkan tetamu dalam program "Roar and Snore" jauh daripada bahaya.

Taman haiwan itu bagaimanapun tidak tahu bagaimana haiwan-haiwan tersebut boleh melepaskan diri dan sudah melancarkan semakan rasmi.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan