5 sekeluarga dalam kes serangan Balai Polis Ulu Tiram dihadapkan ke mahkamah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Zamzahuri Abas)
JOHOR BAHRU: Lima anggota keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Rabu (19 Jun) atas sembilan pertuduhan termasuk menggalak dan menanam ideologi kumpulan pengganas ISIS.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim, lapor Sinar Harian.
Tertuduh terdiri daripada Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62 tahun; isterinya, Rosna Jantan, 59 tahun dan tiga anak mereka Radin Romyullah, 34 tahun; Farhah Sobrina, 23 tahun dan Mariah, 19 tahun.
Suspek pertama Radin Imran berdepan empat pertuduhan manakala suspek kedua Radin Romyullah, dua pertuduhan; tertuduh ketiga Rosna Jantan, satu pertuduhan; tertuduh keempat dan kelima Farhah Sobrina serta Mariah masing-masing satu pertuduhan.
Mengikut pertuduhan bagi suspek pertama iaitu Radin Imran, berhadapan pertuduhan mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574), iaitu menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam fahaman ideologi keganasan yang berkait, kumpulan ISIS.
Menurut laporan Sinar Harian, fahaman itu didakwa disemai kepada semua anggota keluarganya membabitkan Radin Luqman, 21 tahun, suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram; isterinya serta tiga anaknya yang lain.
Sementara bagi pertuduhan kedua, Radin Imran dituduh memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas dengan menyimpan empat senjata api jenis senapang angin buatan sendiri untuk menjalankan aktiviti kumpulan pengganas ISIS, dan didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan (Akta 574).
Radin Imran dan anak sulungnya, Radin Romyullah, turut berdepan pertuduhan memberi sokongan kepada ISIS dengan cara berbaiah kepada pemimpin kumpulan pengganas itu, Abu Bakar Al-Baghdadi. Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan (Akta 574).
Radin Imran turut didakwa memiliki buku bertajuk Hakikat Islam & Hakikat Syirik oleh Abu Sulaiman Aman Abdurrahman yang berkaitan kumpulan pengganas ISIS, dan didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan.
Radin Romyullah yang juga suspek kedua turut didakwa memiliki cakera keras yang mengandungi bahan berkaitan kumpulan ISIS dan perlakuan pengganas, dan didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan (Akta 574).
Bagi tertuduh ketiga hingga kelima, membabitkan Rosna; Farhah Sobrina dan Mariah pula, mereka didakwa sengaja tidak memberikan apa-apa maklumat berkaitan kesalahan dilakukan membabitkan Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574). Mereka didakwa mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan (Akta 574).
Kesemua tertuduh berdepan hukuman penjara antara tujuh hingga 40 tahun atau denda atau kedua-duanya, dengan semua harta yang digunakan bagi melakukan kesalahan itu hendaklah dirampas, jika sabit kesalahan.
Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram, di Johor Bahru, antara April 2017 hingga 17 Mei 2024.
Mohammad Mustaffa memaklumkan kepada mahkamah tiada jaminan ditawarkan terhadap kelima-lima tertuduh yang ditahan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) khususnya kepada individu yang didakwa dengan kesalahan keselamatan.
Hakim kemudian tidak menawarkan sebarang jaminan diberikan terhadap kesemua tertuduh.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 31 Julai bagi pengurusan kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, seperti dinukil laporan Sinar Harian.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.