5 penerbangan terjejas susuli jarak penglihatan rendah di Senai akibat jerebu
Menteri Pengangkutan Anthony Loke di Majlis Pelancaran Armada Lori Terminal Berkuasa Elektrik di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), di Iskandar Puteri pada Khamis. (Gambar: BERNAMA)
- Five flights at Senai International Airport, Johor Bahru were affected on Thursday morning due to haze that caused low visibility.
- Anthony Loke said aircraft could not land for safety reasons, and some were diverted to Kuala Lumpur and Changi Airport.
- Flights that had yet to depart were delayed, including Loke's flight from KLIA to Senai, which only took off at about 9.00am.
- As of 9.00am, seven areas in Johor recorded unhealthy API readings, with Segamat highest at 186, followed by Pasir Gudang, Larkin and Tangkak.
- Lima penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru terjejas pagi Khamis akibat jerebu yang menyebabkan jarak penglihatan rendah.
- Anthony Loke berkata pesawat tidak boleh mendarat atas faktor keselamatan, lalu ada yang dilencongkan ke Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Changi.
- Penerbangan yang belum berlepas pula ditangguhkan, termasuk penerbangan Loke dari KLIA ke Senai yang hanya berangkat sekitar 9.00 pagi.
- Setakat 9.00 pagi, tujuh kawasan Johor mencatat IPU tidak sihat, dengan Segamat tertinggi pada 186, diikuti Pasir Gudang, Larkin dan Tangkak.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata keadaan cuaca itu menjejas operasi penerbangan apabila pesawat tidak dapat mendarat atas faktor keselamatan.
Beliau berkata beberapa pesawat yang terjejas terpaksa dilencongkan ke lokasi lain, termasuk ke Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Changi, Singapura.
Penerbangan yang belum berangkat pula diminta menangguhkan perjalanan.
"Beberapa penerbangan pada pagi Khamis memang terjejas disebabkan jarak penglihatan rendah di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Bukan sahaja tak boleh mendarat, tetapi yang belum berangkat pula diminta untuk menundakan penerbangan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas Majlis Pelancaran Armada Lori Terminal Berkuasa Elektrik di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), di Iskandar Puteri pada Khamis.
Menurut Encik Loke, penerbangannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Senai yang sepatutnya berangkat 7.15 pagi turut terjejas apabila ditangguhkan selama satu jam 45 minit sebelum dibenarkan berangkat.
"Penerbangan saya juga terjejas. Sepatutnya penerbangan saya berangkat awal pagi tetapi selepas mendaftar masuk sekitar 7.00 pagi, juruterbang memaklumkan bahawa pesawat tidak boleh mendarat di Senai.
"Maka kalau kita berangkat sekali pun, ia tetap tidak boleh mendarat jadi lebih baik kita menunggu di KLIA. Jadi kita menunggu hampir satu jam 45 minit, hingga 9.00 pagi baru berangkat," katanya.
Sementara itu, setakat 9.00 pagi, tujuh kawasan di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada paras tidak sihat.
Segamat merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 186, diikuti Pasir Gudang (180), Larkin (178) dan Tangkak (171).
<<Topik: Lapangan Terbang Senai, jerebu, jarak penglihatan rendah, penerbangan, Johor, Anthony Loke, IPU>>
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.