Skip to main content

Dunia

5 pegawai polis ditembak di Houston

Lima pegawai polis ditembak pada Isnin (28 Jan) apabila mereka cuba mengeluarkan waran tangkapan, menurut para pegawai dan media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
5 pegawai polis ditembak di Houston

Gambar fail. (Gambar: Brendan Smialowski/AFP)

Diterbitkan : 29 Jan 2019 09:54AM Dikemas Kini : 29 Jan 2019 09:59AM

HOUSTON: Lima pegawai polis ditembak pada Isnin (28 Jan) apabila mereka cuba mengeluarkan waran tangkapan, menurut para pegawai dan media tempatan.

Keadaan para pegawai yang ditembak itu belum didedahkan lagi. Tapak insiden tembakan itu masih lagi sebuah kawasan jenayah yang aktif, menurut polis Houston dalam satu catatan di Twitter, sambil memberi amaran kepada orang ramai agar menjauhi kawasan tersebut.

Menurut Datuk Bandar Houston, Sylvester Turner di Twitter, seorang suspek yang terlibat dalam insiden tembakan itu sudah mati ditembak.

Para pegawai polis dari jabatan narkotik Houston itu ditembak semasa mengeluarkan waran tangkapan, menurut Chronicle Houston.

Menurut presiden Kesatuan Pegawai Polis Houston, Joe Gamaldi, dalam satu catatan berasingan di Twitter, salah seorang pegawai polis yang ditembak diterbangkan ke hospital.

Empat lagi pegawai polis yang ditembak turut menerima rawatan di hospital, menurut polis Houston dalam satu catatan di Twitter.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita