Skip to main content

Dunia

5 nelayan Indonesia diculik militan Abu Sayyaf

Tentera Filipina pada Ahad (19 Jan) menyatakan, ia sudah melancarkan operasi mencari dan menyelamat bagi lima nelayan Indonesia yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di perairan Malaysia minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
5 nelayan Indonesia diculik militan Abu Sayyaf

Gambar fail tentera Filipina dalam operasi mencari anggota militan (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 20 Jan 2020 07:59AM Dikemas Kini : 20 Jan 2020 08:02AM

MANILA: Tentera Filipina pada Ahad (19 Jan) menyatakan, ia sudah melancarkan operasi mencari dan menyelamat bagi lima nelayan Indonesia yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di perairan Malaysia minggu lalu.

Lapan warga Indonesia diculik di Sabah pada hari Khamis. Tiga dilepaskan, manakala lima yang lain mungkin dibawa oleh penculik mereka ke wilayah Sulu di selatan Filipina, kata ketua Komand Mindanao Barat, Leftenan Jeneral Cirilito Sobejana.

Sulu adalah kubu kuat Abu Sayyaf.

Leftenan Jeneral Sobejana mendedahkan penculikan itu sehari selepas tentera bertempur dengan para anggota Abu Sayyaf di pulau Sulare, bandar Parang, Sulu, membunuh seorang militan dan memusnahkan bot laju yang dipercayai digunakan dalam penculikan tersebut.

Leftenan Jeneral Sobejana berkata, pihak berkuasa Malaysia turut bekerjasama dengan tentera Filipina selepas penculikan itu.

Kementerian Luar Indonesia menyatakan, ia juga sudah bekerjasama dengan pemerintah Filipina dan masih menunggu maklumat rasmi mengenai kejadian itu.

Bot laju itu dikenal pasti oleh tiga nelayan Indonesia yang sudah dibebaskan sebagai salah satu bot yang digunakan dalam penculikan oleh enam militan, kata Leftenan Jeneral Sobejana.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita