Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 negara terpilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB

Anggaran Waktu Membaca:
5 negara terpilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB

(Gambar: Timothy A. Clary/AFP)

NEW YORK: Albania, Brazil, Gabon, Ghana dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa (4 Jan) memulakan tanggungjawab sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor agensi berita Xinhua.

Penggal dua tahun mereka secara rasmi bermula pada 1 Januari 2022. Upacara memasang bendera sudah diadakan bagi menandakan bermulanya tugas mereka.

Duta Kazakhstan ke PBB Magzhan Ilyassov, yang mempengerusikan majlis itu, mengucapkan tahniah kepada kelima-lima ahli baru itu dan mendoakan kejayaan mereka dalam merealisasikan keutamaan mereka dalam penggal dua tahun itu.

Upacara pemasangan bendera untuk anggota baru Majlis Keselamatan PBB dimulakan oleh Kazakhstan.

"Kami percaya bahawa 2022 adalah tahun harapan untuk kita semua dan pertubuhan dunia kita," kata Ilyassov.

"Keamanan global, keselamatan dan pembangunan lestari seterusnya akan bergantung kepada keputusan Majlis Keselamatan, sistem PBB dan rakan kongsi rapat kami yang lain."

Duta Besar Norway ke PBB Mona Juul, dalam kapasitinya sebagai Presiden Majlis Keselamatan untuk Januari, mengalu-alukan anggota baru itu.

Wakil tetap lima ahli baru itu menyampaikan ucapan ringkas sebelum mereka memasang bendera negara masing-masing di luar Dewan Keselamatan.

Lima negara itu menggantikan Estonia, Niger, Saint Vincent dan Grenadines, Tunisia, dan Vietnam.

Majlis Keselamatan PBB seramai 15 anggota terdiri daripada lima anggota tetap -- Britain, China, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat, dan 10 ahli tidak tetap yang dipilih untuk penggal dua tahun oleh Perhimpunan Agung PBB. Lima ahli tidak tetap diganti setiap tahun.

India, Ireland, Kenya, Mexico dan Norway berada di pertengahan tempoh dua tahun mereka sebagai ahli tidak tetap.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan