Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 negara ASEAN tandatangani MOU pembayaran rentas sempadan serantau

Anggaran Waktu Membaca:
5 negara ASEAN tandatangani MOU pembayaran rentas sempadan serantau

(Gambar: Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur)

JAKARTA: Lima bank pusat Asia Tenggara menandatangani satu memorandum persefahaman pada Isnin (14 Nov) mengenai pembayaran rentas sempadan serantau di satu acara sebelum sidang puncak G20 di Bali.

Lima negara anggota ASEAN tersebut ialah Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina dan Singapura.

Semasa acara tersebut, Gabenor bank pusat Indonesia Perry Warjiyo berkata ketersambungan serantau akan berfungsi menggunakan kod respons pantas (QR).

Beliau juga berkata pembayaran melalui mata wang tempatan akan digunakan supaya tidak perlu menukar kepada mata wang dolar AS.

Indonesia menghubungkan sistem pembayaranannya menggunakan kod QR bersama Thailand awal tahun ini dan akan melakukan sedemikian bersama negara lain, kata Encik Warjiyo.

Gabenor tersebut berkata perjanjian itu termasuk menghubungkan sistem pembayaran runcit, walaupun terdapat rancangan untuk meningkatkan kerjasama kepada peringkat borong serta mata wang digital bank berpusat.

Sebelum ini, Encik Warjiyo berkata bahawa pembayaran rentas sempadan antara lima negara anggota ASEAN akan berlangsung tahun depan.

Dalam kenyataan melalui video di acara itu, Presiden Indonesia Joko Widodo berkata beliau berharap inisiatif pembayaran rentas sempadan akan diperluaskan ke peringkat global.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan