Skip to main content

Dunia

5 maut selepas kapal penumpang terbakar di Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
5 maut selepas kapal penumpang terbakar di Indonesia

Penumpang dilihat melarikan diri berikutan kebakaran di atas KM Barcelona 5 di luar pantai wilayah North Sulawesi Indonesia pada 20 Jul 2025. (Gambar: Facebook/Info Kapal Manado & Sekitarnya)

Diterbitkan : 20 Jul 2025 09:28PM Dikemas Kini : 21 Jul 2025 05:12AM

JAKARTA: Sekurang-kurangnya lima orang maut  pada Ahad (20 Jul) selepas sebuah kapal penumpang terbakar di perairan Wilayah Sulawesi Utara, Indonesia, menurut pengawal pantai negara itu, manakala lebih 200 yang lain selamat dengan kebanyakan daripada mereka terjun ke dalam laut untuk melarikan diri.

Rakaman video menunjukkan penumpang terjun ke dalam laut tular di sosial media selepas feri KM Barcelona 5 itu dijilat api, menutu Agensi Keselmatan Maritim Indonesia. Insiden itu berlaku hanya beberapa minggu selepas sekurang-kurangnya 19 orang maut setelah sebuah feri karam di sebuah resort popular di Bali.

“Lima orang dilaporkan maut, dua daripadanya masih belum dikenal pasti. Sementara itu, 284 orang sudah diselematkan," menurut agensi itu, yang juga dikenali sebagai Bakamla, dalam satu kenyataan media.

Kebakaran itu tercetus di bahagian paling belakang feri tersebut ketika ia dalam perjalanan ke Manado, ibu kota Sulawesi Utara, dengan beberapa penumpang melompat ke laut menggunakan jaket keselamatan, menurut kenyataan itu.

Media tempatan melaporkan bahawa kapal itu membawa 280 penumpang dan dijadual berlabuh di Pelabuhan Manado.

Para nelayan juga membantu menyelamatkan mangsa untuk ke pulau-pulau berdekatan, manakala mereka yang cedera dikejarkan ke kemudahan perubatan berdekatan, tambah Bakamla.

Kemalangan itu berlaku sekitar sejam perjalanan dari bandar resort Likupang, di bahagian paling utara Sulawesi, menurut ketua agensi mencari dan menyelamat Manado, George Leo Mercy Randang, kepada AFP.

Satu video dikeluarkan oleh agensi Manado menunjukkan sebuah kapal Bakamla menyembur air pada feri tersebur, yang masih berasap.

"Apa yang penting adalah kami mengutamakan usaha menyelamat sebelum waktu malam," Encik George memberitahu AFP, tanpa mengesahkan berapa ramai orang menaiki feri tersebut.

Beliau dan juga Bakamla tidak mendedahkan punca kebakaran.

Sumber : Agensi berita/NK/KH/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita