Skip to main content

Dunia

5 maut selepas jambatan runtuh di selatan Filipina

Anggaran Waktu Membaca:
5 maut selepas jambatan runtuh di selatan Filipina

Gambar: Juan Pablo PINO / AFP

Diterbitkan : 25 Jul 2023 06:00PM
MANILA: Lima maut selepas sebuah jambatan keluli yang sedang dalam pembinaan runtuh di Davao City di selatan Filipina, kata polis pada Selasa (25 Jul).

Polis berkata kesemua mangsa sedang memasang panel sisi jambatan menggunakan sebuah trak apabila struktur itu runtuh kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan pada Isnin, menimbus tujuh pekerja, lapor Xinhua.

Dua lagi cedera parah tetapi terselamat. Satu siasatan sudah dimulakan berhubung kemalangan itu, menurut Xinhua.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita