Skip to main content

Dunia

5 maut, 24 cedera selepas kabel jambatan terputus di China

Lima orang terbunuh dan lebih 20 yang lain cedera selepas berlaku kemalangan yang menyebabkan kabel jambatan gantung terputus di sebuah daya tarikan di wilayah Xinjiang, barat China.

Anggaran Waktu Membaca:
5 maut, 24 cedera selepas kabel jambatan terputus di China

Video yang tular online menunjukkan jambatan itu condong ke satu sisi, dilaporkan selepas sebuah kabel terputus. (Imej: Douyin/jingshoujing, yunshang)

Diterbitkan : 07 Aug 2025 06:46PM Dikemas Kini : 07 Aug 2025 06:47PM
ZHAOSU: Lima orang terbunuh dan lebih 20 yang lain cedera selepas berlaku kemalangan yang menyebabkan kabel jambatan gantung terputus di sebuah daya tarikan di wilayah Xinjiang, barat China.

Kemalangan itu berlaku pada Rabu (6 Ogos) di Xiata Scenic Area di daerah Zhaosu, sebahagian daripada Wilayah Autonomi Kazakhstan. Tapak itu merupakan sebuah destinasi pelancongan dan mendaki yang terkenal dengan pemandangan semula jadinya.

Pada kira-kira pukul 6.00 petang, kabel jambatan itu tiba-tiba terputus, menyebabkan deknya menyenget dan mengakibatkan 29 orang terhumban ke tepi, lapor penyiar CCTV. Seramai 24 orang cedera, dua parah, dan kesemuanya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Rakaman video yang tersebar di platform video pendek China, Douyin menunjukkan jambatan itu condong ke satu sisi selepas kejadian tersebut. Dalam satu klip video, para pelancong yang terjejas dilihat berpaut pada bahagian jambatan yang tergantung, sambil cuba menyeberanginya dengan selamat.

Seorang pemandu pelancong yang berpangkalan di Xinjiang berkongsi di Douyin bahawa dia sedang memimpin kumpulan pelancong di sana apabila kemalangan itu berlaku.

“Mujur, ada seorang askar tentera laut dalam kumpulan pelancongan kami, yang segera membantu mangsa yang cedera,” kata pemandu pelancong, Yun Shang.

Agensi berita tempatan Jiemian News mengenal pasti jambatan itu sebagai Jambatan Jiangjun, yang turut menyaksikan kejadian serupa pada 2024, apabila kabelnya terputus dan menyebabkan dek condong. Tiada seorang pun yang cedera dalam kejadian itu.

Para pegawai tempatan telah menutup Xiata Scenic Area sementara menunggu pemeriksaan keselamatan dan siasatan terhadap punca kemalangan selesai dijalankan, dengan pembukaan semula akan diumumkan pada satu tarikh kelak.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita