Skip to main content

Dunia

5 maut, 21 cedera dalam tembakan di Texas

Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 21 lagi cedera dalam kejadian tembakan rambang di Texas, Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
5 maut, 21 cedera dalam tembakan di Texas

Polis mengepung lokais jenayah di mana suspek ditembak mati di luar pawagam Cinergy Odessa pada 31 Ogos 2019. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Sep 2019 05:12PM Dikemas Kini : 01 Sep 2019 05:13PM

TEXAS: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 21 lagi cedera dalam kejadian tembakan rambang di Texas, Amerika Syarikat.

Seorang lelaki mencuri sebuah van lalu melepaskan tembakan ke arah pegawai polis, pemandu lain dan orang ramai sambil terus memandu.

Rakaman yang dimuatnaikkan ke media sosial menunjukkan pihak polis mengepung jalan-jalan raya untuk menjejaki penembak tersebut.

Suspek akhirnya mati ditembak polis di tempat letak kereta sebuah pawagam. Polis menyatakan lelaki kulit putih itu dalam lingkungan usia 30-an tahun.

Nama dan motifnya bagaimanapun tidak didedahkan.

Ini merupakan kejadian tembakan rambang kedua di Texas dalam masa sebulan. 

Sumber : AFP/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita