Skip to main content

Dunia

5 lagi ditahan berhubung kes tembakan sempadan Malaysia-Thailand

Lima lagi individu warga tempatan direman lima hari mulai Sabtu (5 Dis) bagi membantu siasatan berhubung kes tembakan terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am di sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

KANGAR: Lima lagi individu warga tempatan direman lima hari mulai Sabtu (5 Dis) bagi membantu siasatan berhubung kes tembakan terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am di sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, bulan lalu.

Perintah reman terhadap kesemua mereka yang berusia antara 30 dan 65 tahun itu dikeluarkan Majistret Kamaliza Md Zain di Mahkamah Kangar hari ini.

Ia dibuat mengikut Seksyen 302 serta 307 Kanun Keseksaan (KK) atas kesalahan membunuh dan cubaan membunuh.

Ketua Polis Perlis Surina Saad mengesahkan pihaknya menahan kelima-lima individu berkenaan di beberapa lokasi sekitar negeri Perlis dan Kedah.

Jelasnya, dua individu ditahan Padang Besar manakala tiga lagi individu ditahan di beberapa lokasi berasingan iaitu di Kuala Perlis, Kuala Sanglang dan Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Menurut beliau, kesemua individu yang ditahan pihak polis itu dipercayai terbabit secara aktif dalam aktiviti penyeludupan di negeri Perlis dan Kedah.

Dengan lima penahanan baru berkenaan, jumlah keseluruhan individu yang ditangkap setakat ini adalah seramai 46 lelaki termasuk empat warga Thailand dan seorang ketua kumpulan penyeludupan.

Ia selepas pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis menjalankan operasi besar-besaran bermula 24 Nov lalu susulan kejadian tembakan di Padang Besar yang mengorbankan seorang anggota PGA yang sedang bertugas.

Dalam kejadian itu, Sarjan Baharuddin Ramli, 54 tahun, anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, terkorban akibat ditembak kumpulan penyeludup.

Rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39 tahun, pula mengalami kecederaan parah selepas terkena tiga tembakan.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita